AmirJusoh@Copyright . Powered by Blogger.
RSS

WEEK 2 : 17 Feb 2014


Assalamualaikum wbt

Kelas ke-2 : 17 Feb 2014

Hari ini kelas kedua bagi subjek Authoring, aku masih belum menghadiri kelas. Panggilan kerajaan masih belum berakhir. 

Walau bagaimanapun aku berusaha untuk mengikuti segala apa yang dipelajari secara 100% komitmen. Semua blog kawan-kawan kelas aku jelahi. sedikit demi sedikit aku "explore" dan akhirnya aku jumpa apa sebenarnya yang dipelajari pada week ke-2 ini.

Hasil kunjungan ke blog Sakinah aku menjumpai sedikit idea untuk menulis

Antara tajuk yang ku lihat diblog sakinah seperti: 
  1.   Multimedia Programming v/s Multimedia Authoring
  2. Stand alone Application vs Web
  3. Static vs Dynamic Website
  4. ASP vs PHP (tugasan ringkas diberikan)

 Disebabkan aku tak datang kelas, so kurang faham lagi dengan istilah-istilah berikut la. Nanti de masa memang aku kena wat research sikit la pasal semua nie..WAJIBBBB..

1. Multimedia Programming v/s Multimedia Authoring

# Multimedia Programming

- the older generation
- using real languages like C or Java
- low level assembly and construction and control of Multimeda elements

# Multimedia Authoring
- newer generation
- require less programming knowledge
- using authoring sofware such as Dreamweaver, NetObjects Fusion, Microsoft Frontpage
- high level assembly and bringing together of Multimedia elements
- high level graphical interface design
- high level scripting
- very powerful in creating an interactive, animated, eye-catching website

 2. Stand alone Application vs Web 

 3.   Static Website vs Dynamic Website  



 4. ASP vs PHP  

Dan sedikit tugasan ringkas berkenaan ASP vs PHP.

ASP dan PHP adalah bahasa pengaturcaraan yang biasa digunakan untuk membuat website. Tidak seperti laman web HTML biasa, ASP dan PHP lebih dinamik dan mampu membuat para pengguna boleh berinteraksi dan bertukar maklumat dengan database website.


ASP merupakan singkatan daripada "Active Server Pages", suatu jenis program yang bekerja dalam Microsoft (Windows) melalui IIS (Internet Information Server). ASP memerlukan pelayan Microsoft untuk menjalankan website. 

Sedangkan program PHP atau Hypertext Preprocessor berjalan di pelayan Linux atau Unix. PHP yang lebih baru boleh berjalan di pelayan NT.

Program PHP juga boleh berjalan di Windows, Solaris, Unix dan Linux sedangkan ASP hanya boleh berjalan di pelayan dengan platform Windows. 

Baru-baru ini sahaja, ASP boleh berjalan pada platform Linux yang hanya ada bila sudah terinstall ASP-Apache di pelayannya.Jika anda seorang programmer mahir dengan bahasa C + +, anda mungkin akan lebih selesa menggunakan PHP daripada ASP. PHP menggunakan C / C + + sebagai bahasa pengaturcaraan asas dan kebanyakan syntax-nya sama antara yang satu dengan yang lain. Kerana sebahagian besar programmer masih menggunakan bahasa C + +, PHP menjadi lebih popular berbanding dengan ASP.

ASP lebih banyak mirip dengan syntax dan interface-nya pengaturcaraan Visual Basic. Hal itu kerana pada dasarnya Visual Basic adalah berkorelasi dengan produk dan program-program buatan Microsoft. Jadi jika anda seorang programmer, pemilihan antara ASP dan PHP sebenarnya didasarkan pada bahasa pengaturcaraan mana yang paling anda kuasai.Jika dibandingkan dari segi bayaran dan kemahalannya, program ASP memerlukan Windows dengan IIS dipasang di pelayannya. Anda harus membeli kedua-dua komponen tersebut agar ASP boleh berjalan. Sebaliknya, PHP hanya akan memerlukan sebuah pelayan Linux yang boleh anda dapatkan secara cuma-cuma.PHP sangatlah fleksibel ketika dikoneksikan dengan database.

PHP boleh disambung dengan beberapa database mana yang sebahagian besar digunakan adalah MySQL. Sila ambil perhatian bahawa MySQL tidak akan membebankan anda sesen ringgit pun. Tapi bila anda ingin memakai ASP, anda perlu untuk membeli MS-SQL, produknya Microsoft.Kelajuan me-load adalah faktor besar dalam memelihara website.

Jika anda sangat selektif soal kelajuan, anda mungkin lebih memerlukan PHP. Pada dasarnya kod PHP berjalan lebih cepat daripada ASP kerana berjalan di space-nya sendiri sedangkan ASP menggunakan sebuah tambahan pelayan dan menggunakan seni bina berasaskan COM.

Dalam bekerja dengan PHP, kebanyakan tools terasosiasi dengan program yang kebanyakan berupa open source software, jadi anda tidak perlu membayar untuk mendapatkan tool tersebut. Tidak seperti ASP yang mungkin memerlukan kita untuk membeli tool tambahan untuk bekerja dengan program ini.Kesimpulannya: Baik PHP dan ASP mempunyai keuntungan dan kerugian.

Berikut adalah perbandingan antara Bahasa Pengaturcaraan Web ASP dan PHP:




cukup dulu setakat ini. akan di tambah baik dari masa ke masa


SELAMAT BERAMAL

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment