AmirJusoh@Copyright . Powered by Blogger.
RSS

WEEK 1 : 10 Feb 2014



Week 1 : Authoring System [MPT 1193]

10 FEB 2014


Assalamualaikum wbt

Pertama sekali, ku panjatkan kesyukuran ke Hadrat Ilahi kerana mengizinkanku menyambung pengajian ke peringkat Master in Technology Education di UTM Skudai.

Pada 4 Feb 2014, selesai aku mendaftar diri sebagai seorang pelajar semula. Walaupun tiada basic dalam teknologi, ku gagahkan diri juga mengikuti Master Technology Education ini.

Pada 10 Feb 2014 [isnin], merupakan kelas pertama bagi subjek “Authoring System – MPT1193”. Walaupun nama subjek pertama kali ku dengari, namun ia cukup membuatkanku teransang untuk mengetahuinya dengan lebih lanjut

Malangnya pada 10 Feb 2014 itu aku tidak dapat hadirkan diri ke kuliah. Ini kerana aku terpaksa mengikuti urusan kerajaan dalam penjawatan kakitangan awam. Aku dikhabarkan terdapat 11 orang pelajar termasuklah pelajar Master dan phD. Pada sesi kuliah pertama telah di selia oleh Dr Norasykin. Dr Norasykin telah menerangkan “scheme of work” bagi subjek ini.

Saya difahamkan bagi “Authoring System” ini, kami akan menggunakan software Dreamweaver dan Flash. Dr Asykin menegaskan yang kami perlukan sedikit kemahiran dalam menggunakan kedua-dua software ini. Dengan sedikit kemahiran yang ada, saya berharap dapat mengikutinya dengan baik.

Terdapat banyak sumber pembelajaran secara online bagi mempelajari software ini. Contohnya seperti Dreamweaver, semua boleh mempelajarinya di laman web berikut.


Akhir sekali, Dr Asykin mengajar kami cara-cara untuk membuat blog peribadi melalui laman blogger.com

https://www.blogger.com

Buat blog ni tak de la susah sangat. Sekarang dah ramai boleh bina blog sendiri.Termasuklah pelajar sekolah rendah pun dah ada blog sendiri.

Antara cara yang mudah untuk membuat blog adalah seperti berikut:

  Step 1 
# langkah pertama, mestilah ada akaun gmail. Kalau tak de akaun, leh la create akaun gmail dulu. Lepas tu leh la login di laman blogger.com. 

Masukkan username dan password yang telah dicipta



  Step 2 
# Bila selesai login, akan keluar paparan seperti di bawah.
# Selepas itu, sila "click" pada icon "new blog" untuk mula membina blog baru anda

  Step 3 
# Keluar paparan seperti dibawah.
# Masukkan "title" dan "address" yang bersesuaian dengan blog yang anda ingin bina


  Step 4 
# Apabila selesai dan blog sudah tercipta.
# keluar paparan seperti dibawah
# anda mula boleh menulis "posting" pertama anda.
# "click" pada icon "new post"





  Step 5 
# nie paparan posting anda
# Anda boleh mula menulis posting anda




  Step 6 
# Bila selesai menulis posting pertama anda, anda sudah boleh "publish" blog anda.
# Berikut merupakan contoh Blog yang selesai di "publish"




  TAMAT 

SELAMAT MENCUBA DAN SELAMAT BERAMAL



  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment